Saturday, December 4, 2010

Rahsia Alam (Bhg 2)

Bunga Raya:

Pelbagai khasiat bunga raya terutamanya kepada kecantikan dan kesihatan. Dalam perubatan tradisional bunga raya putih yang banyak digunakan. Antara khasiat bunga ini;
- membantu penumbuhan rambut, mengurangkan kelemumur dan meredakan uban. Untuk kulit pula, minyak dari bunga raya amat baik untuk masalah selulit dan boleh menjadikan kulit berseri.

Gajus:

Pucuk dan daun mudanya boleh dijadikan ulam. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakn antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal beacan, budu dan cencaluk. Antara khasiatnya ialah;
- Untuk penyakit lelah. Bakar dengan api yang sangat kecil, beberapa biji gajus dan asapnya boleh merangsang penyakit asma,
- Minyak yang diperolehi dari kulit dalam bahagian kulit gajus apabila diletak pada kutil, ketuat dan disapu pada mana-mana bahagian kematu seperti tapak kaki, amat mujarab untuk menyamaratakan dan menghaluskan bahagian tersebut,
- Kulit yang terbakar atau dijangkiti penyakit kulit dapat dilegakan dengan daun gajus yang dilumatkan dn ditempel pada kulit,
- Jika muntah-muntah, campurkan cecair dari tangkai gajus bersama air suam dan diminum.



Mengkudu:

Buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine".
Antara khasiat buah mengkudu :
Sistem pernafasan - melegakan penyakit sinus atau resdung, asma, bronkitis dan hingus meleleh.
Sistem penghadaman - perut kembung, ulser, gastrik, cirit-birit, muntah-muntah, tidak hadam makan dan masalah keracunan makanan.
Sistem kardiovaskular - mengurangkan tekanan darah tinggi dan merendahkan aras kolesterol.
Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, migraine, sakit ginjal dan buah pinggang.
Mulut dan tekak - radang tekak, sakit gusi, sakit gigi dan batuk.
Penyakit kulit - bisul, luka dan ulser kulit.
Lain-lain - meredakan penyakit darah tinggi, betis kering bersisik, merekah tumit kaki, mengurangkan penyakit batuk, penyakit kuning dan demam panas.
Bagi wanita yang baru lepas bersalin - daun mengkudu boleh digunakan untuk mengecutkan rahim. Caranya ialah dengan membalut daun mengkudu itu dengan kain dan dipanaskan untuk bertungku.
Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda.

Buah Delima:

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukkan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Selain itu, delima juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer.
Beberapa kajian menunjukkan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html#ixzz17Db8I2B0




No comments:

Post a Comment