Thursday, January 6, 2011

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Sejak azali lagi minyak kelapa dara sudah pun menjadi bahan perubatan tradisional di kalangan masyarakat. Tahukah anda, 40-50% daripada asid lemak di dalam kelapa merupakan asid laurik. Satu-satunya sumber semulajadi di mana asid laurik boleh didapati di dalam kuantiti tinggi adalah daripada susu ibu.
        Asid ini mempunyai kelebihan anti-viral, anti-bakteria dan anti-kulat yang berupaya meningkatkan sistem daya tahan imun. Minyak kelapa dara merupakan antibiotik semulajadi yang berkesan melindungi tubuh daripada serangan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria atau kulat.

Kelebihan kepada Tubuh Badan:

  • Meningkatkan kadar metabolisma & tenaga badan;                           
  • Memperbaiki sistem penghadaman;
  • Memperbaiki penyerapan vitamin & asid amino;
  • Mengelakkan masalah sembelit;
  • Meningkatkan antibodi dan imun badan;
  • Membantu membakar kalori;
  • Mengimbangi paras kolesterol dalam badan;
  • Berfungsi sebagai anti-oksida & pelindung;
  • Meredakan stres pada pankreas & sistem enzim tubuh;
  • Menyokong perkembangan tulang & gigi yang kuat
Minumlah Minyak Kelapa Dara....=)


Kelebihan kepada Kulit & Rambut:

  • Melindungi kulit daripada sinar UV matahari;
  • Mengelakkan & mengurangkan masalah jerawat & jeragat;
  • Membantu menyembuhkan luka kecil & kudis;
  • Menghilangkan retak pada tumit kaki;
  • Menghilangkan kelemumur & menghalang rambut gugur;
  • Mengelakkan kulit kering & bersisik serta mengekalkan kelembutannya;
  • Membantu menghalang kulit berkedut akibat penuaan;
  • Menghilangkan ruam;
  • Menyihatkan, menghitamkan & melebatkan rambut.
Sapu pada kulit/rambut sekali seminggu pun sudah memadai....=)

Saturday, December 4, 2010

Rahsia Alam (Bhg 2)

Bunga Raya:

Pelbagai khasiat bunga raya terutamanya kepada kecantikan dan kesihatan. Dalam perubatan tradisional bunga raya putih yang banyak digunakan. Antara khasiat bunga ini;
- membantu penumbuhan rambut, mengurangkan kelemumur dan meredakan uban. Untuk kulit pula, minyak dari bunga raya amat baik untuk masalah selulit dan boleh menjadikan kulit berseri.

Gajus:

Pucuk dan daun mudanya boleh dijadikan ulam. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakn antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal beacan, budu dan cencaluk. Antara khasiatnya ialah;
- Untuk penyakit lelah. Bakar dengan api yang sangat kecil, beberapa biji gajus dan asapnya boleh merangsang penyakit asma,
- Minyak yang diperolehi dari kulit dalam bahagian kulit gajus apabila diletak pada kutil, ketuat dan disapu pada mana-mana bahagian kematu seperti tapak kaki, amat mujarab untuk menyamaratakan dan menghaluskan bahagian tersebut,
- Kulit yang terbakar atau dijangkiti penyakit kulit dapat dilegakan dengan daun gajus yang dilumatkan dn ditempel pada kulit,
- Jika muntah-muntah, campurkan cecair dari tangkai gajus bersama air suam dan diminum.

Rahsia Alam (Bhg 1)

KECANTIKAN secara semulajadi adalah idaman wanita. Namun, terdapat sebahagian wanita mencari kaedah terbaik dengan menggunakan kosmetik. Segelintir menyukai,segelintir terpaksa.

Kebanyakan kosmetik merupakan hasil acuan bahan kimia. Namun, bahan kimia ini lazimnya memang mempunyai faedah untuk membantu menjaga mutu, mengawet dan meningkatkan khasiat dari sesuatu kosmetik.

Pada masa kini, ramai pakar menasihati agar kita kembali kepada penjagaan kecantikan dengan menggunakan bahan semulajadi. Rahsia flora dan fauna harus kita terokai agar petua nenek moyang dapat diwarisi sepanjang zaman.

Ketahui rahsia..

8 Tips Mudah Penjagaan Kesihatan Payudara

1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor.
2. Jauhi pembedahan
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri.